Soalan Lazim (FAQ)
Kenapa sy tak bole login ke acc sy? username n password dh betul, tp still tak bole...nape ek??
Kemungkinan Belum aktif (belum buat bayaran dan pengesahan)
Di mana kah pejabat company ini?
Semerbak Industries, 31-1, Jalan Klang Sentral 6/KU5, Klang Sentral, Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor.
Kenapa link saya pada nama penaja bukan nama saya. tapi nama org lain?
Buka dari browser baru atau free kan cookies dulu. Jangan edit username.
Saya cuma nak tanya macam mana kalau saya nak membeli wangian tersebut...dalam berapa hari boleh sampai?
Pesan terus dari sini. Produk akan sampai dalam masa 3 hari bekerja.
Kalau kita dah jadi pengedar, mcm mana nak dapatkan next stok?
Setip pengedar akan diberi kod kupon diskaun berbeza mengikut pakej pilihan. Rujuk cara menempah menggunakan kupon tersebut disini atau Boleh order terus melalui sms. Taip username anda, nama & kuantiti produk, Nama Bank, tarikh & jumlah bayaran hantar ke 016-9957740. Contoh: mamat, ALONG6, ALYA3, AUFA4, MBB, 1/2/11, RM320
Saya ingin beli produk ini dan ingin jadi pengedar produk ni..so camna cara bayaran di buat, penghantaran, promosi dan iklan utk diri saya pada pelanggan seterusnya...?
Daftar disini. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank 562843102031 (SeMerbak Industries) atau CIMB 1226-0027664-524 atas nama NAZRI KASIRIN. Segala penghantaran pesanan kami akan uruskan bagi pihak anda. Ia akan sampai terus ke tangan pelanggan anda dalam masa 3 hari bekerja. Setiap pengedar akan disenaraikan disini.
Kalau sy nak jd pengedar di tempat sy boleh tak.sy nak tahu stokis terdekat dgn kawasan sy
Boleh. Sila Rujuk Sini.
Boleh saya tahu, perfume ni untuk lelaki saje ke?? x de pun list untuk perempuan?
Terdapat 32 jenis haruman yang kami tawarkan dalam pelbagai versi. Set Bajet- 12 jenis, set travel 14 jenis dan produk VC 6 jenis. Rujuk sini untuk lebih jelas.
Kalau dah beli berulang2,berape diskaun atau harge utk pengedar
Harga Diskaun pengedar adalah antara 33%-42% bergantung pada pakej semasa daftar. Belian minimum hanya RM50 utk setiap pesanan ulangan. Jumlah ini sangat berbaloi.... dan tidak membebankan.
Saya ingin membuat bayaran pendaftaran. Bagaimana cara untuk saya memaklumkan yang bayaran telah dilakukan?
Semak semula email anda selepas isi borang pesanan. Disana ada link untuk sahkan bayaran. Atau emailkan ke admin@semerbak.net
Mcm mana nak join AFFILIATE dlm produk korang???
Daftar affiliate VC Disini Percuma.. atau Affiliate pewangi kereta CarSemerbak disini
Saya dah lama join tapi tak reti lagi nak buat promosi..boleh tolong?
Salah satu cara promosi mudah dan percuma adalah meletakkan link anda pada tandatangan semasa menghantar email atau forum. Pastian anda tidak SPAM! Cara paling sempoi dan terkini adalah promosikan di facebook kepada rakan-rakan anda disana. Sila tonton video tutorial Cara Promosi guna facebook di member area utk lebih faham.
Berapakah kos penghantaran ke labuan? jika saya menenempah 2 botol dan ke atas berapa pulak kosnya?
Kos minima (500gm) penghantaran ke Labuan adalah RM9. Maklumat lanjut sila rujuk sini
Berapa harga & ml. DiSeremban ada pengedar ke?
Set Bajet (3mlx3) - RM14.90, Set Travel (3mlx2) - RM13.90, Semerbak VIP (14ml) - RM39 dan Semerbak VC (5ml) - RM15. Manakala pewangi kereta (7ml) RM11.90 dan CS2.0 - RM6.50. Pengedar Rujuk sini
Kenapa username saya tiada dalam dalam data?
Mungkin akaun anda belum diaktifkan. Pastikan anda mebuat pengesahan bayaran melalui link yang diberi untuk mudahkan pengaktifan dan penghantaran produuk. Semak email anda selepas mendaftar. Pastikan juga alamat email anda betul.
Saya tak pandai niaga. boleh ke saya duduk diam dan u all uruskan promosi untuk saya. agakx berapa incomce saya dalam masa 2 minggu.tq
Maaf, secara peribadi saya sarankan anda sertai mana-mana pelaburan yang sah untuk pendapatan sebegitu.
Kenapa saya nak login ahli tak boleh??? katanya nama saya tak ada dalam database! kenapa?? kalau saya ada member nak joint bawah nama saya... macam mana saya nak daftar utk diorang???
Terdapat beberapa sebab mengapa ia terjadi. Antaranya Silap memasukkan username(huruf,angka,jarak dll), Ia belum disahkan atau diaktifkan. Untuk menaja, daftarkan mereka dari link anda. Cth: http://jomedar.com/?id=usernameanda. Sila login ke member area untuk mendapatkan link web anda.

salam...macan mana kalau tak melalui internet tapi terus jumpa awak untuk dapat product dan dari segi harga macan mana?
Elok rujuk pengedar terdekat dengan anda atau hubungi 03-3342 1836
Macam mana nak daftar n nak join? ke aktif akaun bank dulu ke? kenapa saya daftar error?
Ringkasnya begini: Buka www.jomedar.com> Daftar > Buat bayaran > semak email dan sahkan Pembayaran melalui email yang diberi. Hubungi Admin jika terdapat sebarang masalah.
Saya nak tanya harga sebenar daftar pengedar termasuk belanja pos adakah RM 680 atau RM 710, yang mana satu ?
Modal awal bagi Pengedar adalah RM680. kos penghantaran RM30(sem)@RM40(Sbh/Srwk). Jumlah perlu dibayar RM710 atau RM720 bagi Sabah/Saraawak.
1. Berapa lama delivery barangan ini? 2. sekiranya saya mendaftar sebagai pengedar, adakah saya terikat dengan jualan minimum bulanan?
Produk akan sampai dalam masa 3 hari bekerja (semenanjung) dan 4 hari bagi Sabah/Sarawak. Tiada jualan minimum untuk pengedar. Cuma, selepas 6 bulan tiada juga jualan maka nama anda kan digugurkan.
Saya nak tau sekiranya saya membuat order lagi, adakah saya akan mendapat komisyen? atau saya hanya akan mendapat komisyen sekiranya saya mendapat downline, sila jelaskan. TQ.
Komisen hanya dibayar sekiranya tuan menaja rakan yang ingin menjadi pengedar baru melalui link anda. Ia hanya dibayar sekali sahaja. Belian stok ulangan hanya akan diberi harga diskaun pengedar. Keuntungan anda adalah melalui untung runcit.
Kalau ada org nak jadi dealer,amik barang melalui saya,berapa saya nak bagi harga kat dia?
Suruh dia daftar dari link anda dan anda akan dibayar komisen. Jika anda adalah STOKIS, anda boleh membekalkan produk kepada pengedar/agen dan beri harga sama seperti pihak kami tawarkan.
Macamana nak jadi stokis?
Sila download maklumat lanjut dan pendaftaran di sini
klau kite dah jadi ahli, mcmane kita nak buat pembelian? adakah kita kene isi borang pembelian lg atau ada cara lain guna sms je?
Anda akan diberi kupon diskaun pengedar untuk membuat belian stok ulangan dengan harga diskaun Agen 38% atau 42% bergantung pada pakej permulaan semasa anda mendaftar. Maklumat lanjut terdapat di member area. Guna SMS juga dibenarkan atau boleh ambil stok dari stokis terdekat anda.
Kalau stok yang dibeli, kemudian sesetengah produk tidak terjual, boleh tukar produk lain tak?
Boleh. Tiada masalah. Anda boleh pilih haruman yang disukai ramai sahaja asalkan ia sama jenis. |